TAJUK SATU PATAH

Saban malam, berharap agar yang muncul bertanya khabar itu kamu. Nyata tidak mungkin kerana aku sahaja yang menjadi pungguk.

Tajuk satu patah ini sebenarnya cerita patah hati aku, patah hati menunggu yang tidak sudi, patah hati sebab setiap malam tertanya tanya tapi sebenarnya sudah ada jawapan.

Aku sahaja yang berkeras, takut masih ada harapan sedangkan bulan semakin jauh jauh dan jauhhhh.

 

 

Leave a comment